^^DIA KEKASIH ALLAH^^
"malu rasanya..menyatakan cinta..
kepada DIA kekasih ALLAH..
kerana DIA insan mulia..
sedangkan diriku insan biasa
ku pujuk jua hati dan jiwa..
meluahkan rasa cinta membara..
di dalam ujian ucapan selawat..
tanda penghargaan seorang umat.....
selagi upaya ku turuti ajarannya..
apa terdaya ku amalkan sunnahnya..
moga di dunia mendapat berkat..
di akhirat sana beroleh syafaat....
kerana peribadinya aku terpesona..
kerna budinya aku jatuh cinta..
rinduku padanya tiada terkata..
nantikanlah daku di taman syurga....
YA RASUL..YA RASUL..
ku rindu padamu,
syafaatkan daku...
YA RASULULLAH..YA RASUL..syafaatkan daku..
ku rindu padamu.....
sesungguhnya apa yang ku gambarkan..
adalah cinta ALLAH YANG ESA..
kerana cinta kepada RASULULLAH..
bererti cinta kepada ALLAH......


0 ulasan:
Catat Ulasan