SELAMI KEUNIKAN BUAYA

BUAYA..
merupakan HAIWAN PRASEJARAH yang telah wujud di muka bumi lebih 200 juta tahun yang lalu d ERA MESOZOIK.jika di bandingkan dengan kumpulan haiwan seperti burung & mamalia,kumpulan buaya muncul lebih awal selapas muncul nya haiwan amfibia.kewujudan ini terbukti berdasarkan kepada rekod-rekod fosil yang di dapati tercetak dengan baik di dalam batu-batuan tua mengikut masa geologi.di dunia buaya terdiri daripada tiga sub famili utama dan terdapat 23 spesies (subfamili crocodylinae - 14 spesies, subfamili alligatirine - 8 spesies dan subfamili gavialine - 1 spesies).
buaya adalah HAIWAN REPTILIA berdarah sejuk dan merupakan HAIWAN KANIVOR yang opporunistic menangkap dan memakan apa saja haiwan yang boleh di makan di alam semula jadi. DI MALAYSIA hanya terdapat DUA SPESIES buaya daripada subfamili crocodylinae (buaya) iaitu buaya tembaga dan buaya julung-julung / jenjulung...

BUAYA TEMBAGA
merupakan buaya yang HIDUP DI AIR MASIN DAN AIR TAWAR, di kenali dengan nama inggerisnya sebagai INDOPACIFIC CROCODILE / ESTUARINE CROCODILE / SALTWATER CROCODILE dan nama saintifiknya ialah CROCODYLUS POROSUS. BUAYA TEMBAGA merupakan spesies buaya yang PALING BESAR DAN PALING GANAS di antara 23 spesies buaya yang terdapat di seluruh dunia serta ,erupakan spesies yang mempunyai kulit PALING BAIK DAN MAHAL HARGANYA.

0 ulasan:

 
© Copyright | All Right Reserved by Site Owner